Wednesday, July 28, 2010

Lawatan Jabatan Veterinar Malaysia ke Kompleks Kejuruteraan

Bahagian Kejuruteraan telah dikunjungi oleh pelawat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia berkenaan 5S. Lawatan ini telah berlangsung pada 23 Julai 2010 jam 2.30 petang di Kompleks Kejuruteraan KLIA dengan dihadiri seramai 20 orang pelawat diketuai oleh Dr. Rohana Abu Bakar, Pegawai Veterinar Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami konsep 5S yang diamalkan oleh unit kejuruteraan KLIA bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melaksanakan konsep 5S di tempat mereka. Mereka telah di bawa melihat sekitar bahagian pentadbiran dan juga Document Centre dan lawatan ini di akhiri dengan penyampaian sovenier dari unit Event n Promotion. Beberapa gambar telah diambil untuk dikongsi bersama warga kejuruteraan.




No comments:

Post a Comment